Nuffnang Ads

Monday, 27 October 2014

Roti jala dan kuah durian

Kebetulan musim durian kali ini di bulan puasa..jadi durian yang tak sempat dimakan fresh saya buat kuah durian atau kami sebut sebagai gula durian. Malah ada juga yang memanggil kuah durian. Enak dimakan bersama roti putih atau roti jala. Alhamdulillah mood menjala tu ada..jadi dapatlah kami berbuka puasa dengan roti jala dan kuah durian. Tak perlulah ke bazar ramadhan pada hari ini malah kuah durian boleh disedekahkan kepada tetangga. Resepi adalah seperti di bawah.



Kuah durian

Bahan-bahan:
Durian dari 3 biji buah
1 cawan santan
2 cawan air
1 cawan gula
1 helai daun pandan disimpulkan
Secubit garam

Cara-cara:
1) Campurkan kesemua bahan kecuali santan di dalam periuk dan kacau diatas api sederhana sehingga gula larut.
2) Tambahkan santan dan kacau sehingga kuah memekat dan boleh matikan api.


ummuadamiman

Roti jala
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
secubit garam
sedikit pewarna merah

Cara-cara:
1) Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blendkan semua bahan sehingga sebati.
2) Masukkan bater yang telah diblend tadi ke dalam acuan roti jala.
3) Sapukan sedikit minyak pada non-stick pan dan layangkan mengikut kesukaan dengan api perlahan. Setelah masak, keluarkan roti jala dan gulungkan/ lipat ketika panas.
* Sekiranya bater terlalu pekat dan sukar dilayangkan, tambahkan air sehingga bater tadi mudah dilayangkan.


ummuadamiman
Hidangan berbuka puasa..sangat ringkas, Alhamdulillah (snap sebelum sempat hidang nasi dan sambal belacan)

No comments:

Post a Comment