Roti whole grain massimo ada 8keping lagi. Tarikh luput pun sudah hampir. Paparan resepi baru dalam grup RR memang tepat masanya. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal..berkobar semangat mahu mencuba. Untung-untung dapat menambahkan stok kuih raya. Pemilihan resepi sangat penting..kalau boleh biar penggunaan bahan minima tetapi membuahkan hasil yang memuaskan hati. ha..itulah yang kita cari =D
Bahan-bahan:
8 keping roti
Nestum
Coklat masakan
Cara-cara:
1) Potong roti mengikut suka dan susun di atas dulang pembakar, kemudian masukkan ke dalam oven yang diset suhu 200'C selama 10minit hingga berwarna keemasan. ( Sekiranya roti tidak cukup garing ia akan menjadi liat setelah sejuk dan tidak rangup seperti sepatutnya)
2) Biarkan roti tadi menyejuk dan sediakan bahan celupan coklat iaitu dengan mencairkan coklat masakan dengan kaedah double boil. Apabila coklat sudah cair sepenuhnya celupkan roti tadi dan gaulkan bersama nestum.
Roti belum cukup garing kerana dibakar selama 5 minit. |
3) Biarkan biskut benar-benar sejuk sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.
Mudah bukan??
No comments:
Post a Comment