Nuffnang Ads

Tuesday 28 October 2014

Apam mekar aiskrim soda

Resepi yang menjadi viral dalam grup RR harusla dicuba..itulah kata hati. Bukan sahaja sangat ringkas dan mudah malahan rasanya juga sedap dan rupanya menarik. Walaupun percubaan pertama tapi masih tidak menghampakan. Menerusi gambar-gambar yang dimuatnaik oleh rakan grup yang lain kelihatan apam mekar sangat gebu dan naik hingga terkeluar dari acuan. Disebabkan saya tiada acuan jadi saya pakai cawan kertas muffin saiz sederhana. Sebagai langkah berjaga-jaga saya hanya masukkan adunan sehingga 2/5 cawan kertas sahaja. Adunan ini menghasilkan hampir 30biji apam. 



Bahan-bahan:
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sudu ovellete
1 cawan aiskrim soda F&N
3/4 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
Pewarna
Cawan kertas

Cara-cara:
1) Ayak tepung gandum dan ketepikan
2) Blend telur dan gula sehingga gula hancur dan tambahkan ovellete dan blend lagi sehingga putih.
3) Masukkan aiskrim soda dan esen vanila dan blend lagi
4) Tuangkan bahan yang telah diblend ke dalam bekas berisi tepung yang di ayak tadi. kaup balikkan adunan sehingga sekata
5) Bahagikan kepada dua bahagian dan warnakan mengikut citarasa kemudian masukkan ke dalam cawan kertas
6) Kukus ke dalam pengukus yang telah mendidih airnya selama 10minit dengan api sederhana
*balut penutup kukusan dengan kitchen towel untuk mengelakkan air yang tersejat jatuh ke atas apam tadi. 
7) Sejukkan dan sedia dihidang. 


No comments:

Post a Comment