Nuffnang Ads

Tuesday, 28 October 2014

Kerepek biji durian

Walaupun saya berasal dari keturunan Jawa yang sangat sinonim dengan pembuatan kerepek sama ada untuk hari raya atau sekadar cemilan, kerepek biji durian memang langsung tidak pernah ku dengari. Namun setelah melihat perkongsian resepi di grup RR, terdetik di hati untuk mencuba. Lagipun biji-biji durian memang banyak yang terbuang kerana musim durian pada bulan puasa menyebabkan kurangnya sambutan terhadap jualan buah durian pada kali ini. Sebagai alternatif, kami membuat jualan tempoyak pula.

Kerepek biji durian mengeluarkan bau seakan kerepek keledek dan rasanya yang lemak tetapi sedikit keras. Bagi saya, ini merupakan warisan resepi yang eksotik dan menarik dicuba selain memberikan alternatif lain kepada sumber yang sedia ada. Resepi kerepek biji durian adalah seperti di bawah ini..

Bahan-bahan:
Biji durian(kuantiti terpulang pada kerajinan)
Campuran air garam dan serbuk kunyit (1/2 cawan air+1sdk serbuk kunyit+1sdb garam)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1) Cuci dan rendamkan biji durian selama 2@3 hari sehingga kulit luar pecah dan mudah dikupas (saya tukar air dua kali sehari)


2) Toskan biji durian yang telah dikupas sehinga betul-betul kering kerana sekiranya belum kering lendir di kulit luar akan menyebabkan kesukaran untuk menyagat biji durian semasa sesi menggoreng kerana licin.

Penyagat yang saya gunakan. 
3) Sagat biji durian ke dalam kuali yang berisi minyak panas kemudian curahkan serata satu sudu makan air campuran garam dan serbuk kunyit tadi. Balik-balikkan gorengan seketika.




4) Apabila bunyi desiran minyak sudah berhenti bolehlah diangkat dan toskan. Kemudian sambung gorengan hingga habis.

5) Biarkan kerepek menyejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.



Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment