Nuffnang Ads

Thursday, 30 October 2014

Biskut roti nestum bercoklat

Roti whole grain massimo ada 8keping lagi. Tarikh luput pun sudah hampir. Paparan resepi baru dalam grup RR memang tepat masanya. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal..berkobar semangat mahu mencuba. Untung-untung dapat menambahkan stok kuih raya. Pemilihan resepi sangat penting..kalau boleh biar penggunaan bahan minima tetapi membuahkan hasil yang memuaskan hati. ha..itulah yang kita cari =D

Bahan-bahan:
8 keping roti
Nestum
Coklat masakan

Cara-cara:
1) Potong roti mengikut suka dan susun di atas dulang pembakar, kemudian masukkan ke dalam oven yang diset suhu 200'C selama 10minit hingga berwarna keemasan. ( Sekiranya roti tidak cukup garing ia akan menjadi liat setelah sejuk dan tidak rangup seperti sepatutnya)



2) Biarkan roti tadi menyejuk dan sediakan bahan celupan coklat iaitu dengan mencairkan coklat masakan dengan kaedah double boil. Apabila coklat sudah cair sepenuhnya celupkan roti tadi dan gaulkan bersama nestum.


Roti belum cukup garing kerana dibakar selama 5 minit.


3) Biarkan biskut benar-benar sejuk sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.



Mudah bukan??

Reunion E-16..



1999 - 2014

Setelah agak lama merancang, akhirnya semua sepakat untuk membuat reunion pada 15 Ogos 2014 walaupun kekurangan seorang ahli iaitu Fiza@Pitchoe. Menurut perancangan memang mahu semua ahli menyertai reunion ni memandangkan ahli kelab yang paling jauh menetap di kota London juga ada bersama. Namun last minute Fiza tak dapat balik ke Malaysia kerana tugas di pesisir pantai somewhere in Indonesia. Finally semua akur untuk meneruskan reunion tanpa Fiza. InsyaAllah mungkin lain kali.


Reunion kali ni bertempat di rumah Dell selepas waktu kerja hari Jumaat. Menu adalah potluck. Jadi masing-masing membawa juadah yang enak-enak antaranya sate, lasagna, cheese kek, dunkin donut, domino pizza dan cheese tart. Siap ber'tapau' masing-masing.


4/6 dari kami iaitu Teacher Syiqin, Wana, Arida dan aku bersetuju  untuk carpool dari Butik Tateh kepunyaan bussinesswoman, Wana. Sempat juga kami berbual di sepanjang perjalanan. Tambah-tambah lagi perjalanan dari Bangi ke Petaling Jaya pada petang hari jumaat pasti memakan masa akibat kesesakan lalulintas. Kami sampai di rumah Dell dalam jam 7 malam. Diikuti Nadioren dari Damansara tidak lama kemudian.


Alhamdulillah sempat juga kami menikmati makan malam sambil berbual panjang. Memang perbualan yang happening dengan senda gurau dan gelak ketawa. Bercerita pasal kisah zaman sekolah memang menyeronokkan. yang pahit pun dah jadi manis-manis semuanya. Padahal setiap hari berhubung menerusi whatsapp tapi cerita tak pernah habis. Waktu dirasakan sangat singkat akhirnya jam 10.30 malam sudah tiba masanya masing-masing meminta diri kerana hari sudah agak lewat walaupun hakikatnya mak-mak dan bini orang memang kena balik awal.







Until our next reunion..entah macamana rupa masing-masing. Miss u sweet ladies..

Tuesday, 28 October 2014

Apam mekar aiskrim soda

Resepi yang menjadi viral dalam grup RR harusla dicuba..itulah kata hati. Bukan sahaja sangat ringkas dan mudah malahan rasanya juga sedap dan rupanya menarik. Walaupun percubaan pertama tapi masih tidak menghampakan. Menerusi gambar-gambar yang dimuatnaik oleh rakan grup yang lain kelihatan apam mekar sangat gebu dan naik hingga terkeluar dari acuan. Disebabkan saya tiada acuan jadi saya pakai cawan kertas muffin saiz sederhana. Sebagai langkah berjaga-jaga saya hanya masukkan adunan sehingga 2/5 cawan kertas sahaja. Adunan ini menghasilkan hampir 30biji apam. 



Bahan-bahan:
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sudu ovellete
1 cawan aiskrim soda F&N
3/4 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
Pewarna
Cawan kertas

Cara-cara:
1) Ayak tepung gandum dan ketepikan
2) Blend telur dan gula sehingga gula hancur dan tambahkan ovellete dan blend lagi sehingga putih.
3) Masukkan aiskrim soda dan esen vanila dan blend lagi
4) Tuangkan bahan yang telah diblend ke dalam bekas berisi tepung yang di ayak tadi. kaup balikkan adunan sehingga sekata
5) Bahagikan kepada dua bahagian dan warnakan mengikut citarasa kemudian masukkan ke dalam cawan kertas
6) Kukus ke dalam pengukus yang telah mendidih airnya selama 10minit dengan api sederhana
*balut penutup kukusan dengan kitchen towel untuk mengelakkan air yang tersejat jatuh ke atas apam tadi. 
7) Sejukkan dan sedia dihidang. 


Petua melegakan sakit tekak

Musim hujan dan panas terik berubah secara tiba-tiba melanda kala menjengah bulan Oktober. Setelah 2-3 kali merasakan hampir demam pasti paracetamol menjadi penyelamat..Alhamdulillah dengan keizinanNya jua. Namun kali ini..bersempena cuti hari Deepavali akhirnya paracetamol tidak berfungsi lagi. Tonsil membengkak sehingga sukar meneran air liur dan demam menyerang. Sudah bermacam ubat dicuba sama ada ubat dari klinik dan Woods, demam sudah beransur kebah namun sakit tekak masih juga belum menampakkan kesan positif malah lebih teruk lagi.

Ubat dari klinik
Dengan pantas saya men'google' dan hasilnya adalah bermacam petua menghilangkan sakit tekak secara alami. Namun bukan semua petua saya cuba. Berikut adalah beberapa petua yang saya cuba dan Alhamdulillah berkesan dengan pantas:

1) Berkumur dengan air garam

2) Minum air asam jawa

3) Minum campuran secawan air suam dan sesudu madu kelulut 3kali sehari (pagi, petang dan malam)

4) Minum sesudu makan campuran perahan air limau nipis dan madu (biasanya petua ini saya amalkan apabila batuk)

5) Makan buah pisang - walaupun menurut petua ialah makan pisang yang dimasak dengan gula dan ditambah santan(saya bayangkan pengat pisang..LAZATNYA. namun bekalan santan tiada, jadi memadailah bagi saya memakan pisang lemak manis buah tangan dari kampung yang dibawa abang ketika berkursus di sini mingu lalu)

Alhamdulillah sehari sahaja saya mengamalkan petua ini, sakit tekak telah mereda dan pulih sepenuhnya di hari kedua. Namun begitu saya juga berpantang dari mengambil makanan berminyak, pedas dan sejuk. Bolehlah mencuba petua ini ketika memerlukan kelak.

Kerepek biji durian

Walaupun saya berasal dari keturunan Jawa yang sangat sinonim dengan pembuatan kerepek sama ada untuk hari raya atau sekadar cemilan, kerepek biji durian memang langsung tidak pernah ku dengari. Namun setelah melihat perkongsian resepi di grup RR, terdetik di hati untuk mencuba. Lagipun biji-biji durian memang banyak yang terbuang kerana musim durian pada bulan puasa menyebabkan kurangnya sambutan terhadap jualan buah durian pada kali ini. Sebagai alternatif, kami membuat jualan tempoyak pula.

Kerepek biji durian mengeluarkan bau seakan kerepek keledek dan rasanya yang lemak tetapi sedikit keras. Bagi saya, ini merupakan warisan resepi yang eksotik dan menarik dicuba selain memberikan alternatif lain kepada sumber yang sedia ada. Resepi kerepek biji durian adalah seperti di bawah ini..

Bahan-bahan:
Biji durian(kuantiti terpulang pada kerajinan)
Campuran air garam dan serbuk kunyit (1/2 cawan air+1sdk serbuk kunyit+1sdb garam)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1) Cuci dan rendamkan biji durian selama 2@3 hari sehingga kulit luar pecah dan mudah dikupas (saya tukar air dua kali sehari)


2) Toskan biji durian yang telah dikupas sehinga betul-betul kering kerana sekiranya belum kering lendir di kulit luar akan menyebabkan kesukaran untuk menyagat biji durian semasa sesi menggoreng kerana licin.

Penyagat yang saya gunakan. 
3) Sagat biji durian ke dalam kuali yang berisi minyak panas kemudian curahkan serata satu sudu makan air campuran garam dan serbuk kunyit tadi. Balik-balikkan gorengan seketika.




4) Apabila bunyi desiran minyak sudah berhenti bolehlah diangkat dan toskan. Kemudian sambung gorengan hingga habis.

5) Biarkan kerepek menyejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.



Selamat mencuba!!!

Monday, 27 October 2014

Roti jala dan kuah durian

Kebetulan musim durian kali ini di bulan puasa..jadi durian yang tak sempat dimakan fresh saya buat kuah durian atau kami sebut sebagai gula durian. Malah ada juga yang memanggil kuah durian. Enak dimakan bersama roti putih atau roti jala. Alhamdulillah mood menjala tu ada..jadi dapatlah kami berbuka puasa dengan roti jala dan kuah durian. Tak perlulah ke bazar ramadhan pada hari ini malah kuah durian boleh disedekahkan kepada tetangga. Resepi adalah seperti di bawah.



Kuah durian

Bahan-bahan:
Durian dari 3 biji buah
1 cawan santan
2 cawan air
1 cawan gula
1 helai daun pandan disimpulkan
Secubit garam

Cara-cara:
1) Campurkan kesemua bahan kecuali santan di dalam periuk dan kacau diatas api sederhana sehingga gula larut.
2) Tambahkan santan dan kacau sehingga kuah memekat dan boleh matikan api.


ummuadamiman

Roti jala
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
secubit garam
sedikit pewarna merah

Cara-cara:
1) Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blendkan semua bahan sehingga sebati.
2) Masukkan bater yang telah diblend tadi ke dalam acuan roti jala.
3) Sapukan sedikit minyak pada non-stick pan dan layangkan mengikut kesukaan dengan api perlahan. Setelah masak, keluarkan roti jala dan gulungkan/ lipat ketika panas.
* Sekiranya bater terlalu pekat dan sukar dilayangkan, tambahkan air sehingga bater tadi mudah dilayangkan.


ummuadamiman
Hidangan berbuka puasa..sangat ringkas, Alhamdulillah (snap sebelum sempat hidang nasi dan sambal belacan)

Throwback : Biskut Semperit Susu (dahlia)

Resipi ni diperolehi dari grup Resepi Ringkas(RR) dimana resepi ini menjadi viral sejak awal Ramadhan tahun ini. Bukan sahaja mudah bahkan hanya memerlukan penggunaan 4 jenis bahan.

Memikirkan sejak mula berkahwin memang tak pernah buat biskut raya..terdetik rasa di hati untuk mencuba. Dari kecik memang jadi tukang terap kuih dan bakar. Adunan biasanya disediakan oleh kakak. Satu-satunya biskut yang pernah dicuba hanyalah biskut chip coklat, itupun kerana mengidam ketika usia kandungan mencecah 8 bulan. Biasanya saya lebih gemar membuat kerepek, kek atau muffin kerana lebih mudah dan menjimatkan masa tanpa perlu proses pembakaran berulang-ulang.

Bahan-bahan :
600g tepung jagung
250g butter
1/2 tin susu pekat
potongan buah ceri untuk hiasan (saya gunakan colourful chocolate rice)

Cara-cara:
1) Adun semua bahan kecuali bahan hiasan hingga sebati, kemudian masukkan ke dalam acuan semperit, tekan dan hiaskan dengan chocolate rice

2) Bakar pada suhu 180'C selama 15-20minit



3) Sejukkan di atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


Thursday, 23 October 2014

Mangga asam boi

Entah kenapa gambar mangga asam boi membanjiri dinding facebook. Memang fenomena nampaknya.

Setelah berulang kali dapat menatap gambarnya sahaja..akhirnya terjebak juga. Bahan-bahan dan cara pembuatan juga amat mudah. Alhamdulillah bahan utama iaitu mempelam lemak disumbangkan oleh rakan sekerja. Semoga Allah memberkatinya. Inilah dia baki mangga asam boi semalam..



Bahan-bahan:
Mangga lemak
Asam boi
Garam
Gula
Cili padi


Cara-cara:
1) Kupas kulit mangga, cuci, potong dan toskan
2) Masukkan ke dalam bekas dan tambahkan gula, garam,asam boi dan cili potong. Lebihkan gula berbanding garam. Cili pula mengikut kepedasan yang disukai.
3) Simpan dalam peti ais selama 4-5jam dan sedia dinikmati.

Comeback...

Bismillah..saja2 check, eh ada lagi hayat blog ni. Dalam dilema antara mahu dan tidak meneruskan dunia blogging. Entah kenapa terasa bimbang akan menulis perkara yang tidak perlu.

Akhirnya..dapat satu idea untuk mengabadikan koleksi resepi dan petua yang pernah dicuba dengan jayanya dalam blog ni untuk panduan masa akan datang. Disamping mengabadikan kenangan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Mudah-mudahan dapatla meneruskan perjuangan di medan blogging ini dengan jayanya dan juga sebagai simpanan koleksi peribadi..Ameen