Nuffnang Ads

Thursday, 13 November 2014

Birthday dinner di Istana Bambu

Happy birthday sayang..muahciked

Setelah agak lama juga merancang dan memikirkan tempat yang paling sesuai untuk makan malam sempena hari lahir kekasih hati..kami sepakat memilih Bora Ombak, Ampang. maklumat dari blog dan google menyatakan boleh walk-in saja. Hajat di hati memang nak buat surprise tambah-tambah lagi boleh request 3 buah lagu yang akan dimainkan oleh musician. sudah terbayang-baying di mata alangkah romantiknya makan malam itu nanti.


Gazebo pilihan kami

Hadiah dah dibeli 3 minggu sebelum tarikh keramat, kek pun telah dibeli semasa sneak out selepas asar cuma bunga sahaja yang tak dapat disediakan. Tapi pelamin anganku musnah. Semua tak menjadi. Adam perasan ada kek di belakang dan bertanya kek siapa..apalagi pecah rahsia. Ok..takpe, masih ada hadiah. tambah meremuk redamkan hati, ada wedding pula di Bora Ombak. Diskas dengan husband dan kami rasa Istana Bambu pilihan terbaik. Kali pertama pergi restoran penuh. Kali ini, memang rezeki kami untuk menyambut hari jadi di sini. Sementara suami mengubah parkir kereta, saya sudah berbicang dengan pelayan untuk membuat kejutan buat suami..malang sekali suami membawa kek bersama. Punahlah harapan..nampaknya kami menyambut hari lahir tanpa kejutan.


Menu pilihan..

Untuk makan malam ..kami order udang goreng nestum, tomyam dan asparagus goreng belacan. Air pula saya pilih air the o ais madu dan air dragon fruit..malangnya dragon fruit sudah kehabisan bekalan. Alhamdulillah makanan yang dipesan sampai tanpa kami perlu menunggu lebih lama..masakannya juga enak dan pekerja-pekerja disini amat mesra dan cekap. Tempat pun sangat selesa dengan pemandangan menarik. Ada dua jenis tempat untuk dipilih sama ada makan dimeja dengan kerusi atau gazebo yang mana boleh duduk secara bersila berlapikkan bantal nipis(macam restoran Jepun). Kami sekeluarga memilih makan di gazebo untuk lebih selesa dan privacy memandangkan anak-anak yang agak lasak ada bersama.





Selesai makan malam..kami pun bersiap untuk pulang. Sebelum pulang kami meminta pelayan membungkuskan makanan yang masih berbaki. Maklumlah portion makanan agak besar, memang tak mampu nak habiskan semua. Mujur kami tidak rambang mata semasa memuat pesanan. Rasanya hidangan yang kami pesan sesuai dimakan 4 orang dewasa. Ketika suami membayar bil, seorang wanita yang saya agak pengurus restoran bersalaman dengan saya dan menanyakan mutu makanan di sini sambil menghulurkan name kadnya..Makan malam kami berjumlah Rm 100++ termasuk taxes 10%. Memang berbaloi..




Tuesday, 4 November 2014

Butir nangka..



Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
1 cawan air  
1/2 sdk garam halus
pewarna
1 kotak santan kecil
1 cawan gula
daun pandan



Cara-cara: 
1) Campurkan tepung, garam, pewarna dan air dan gaul rata. Kemudian gaulkan semua bahan hingga menjadi doh
2) Bentukkan doh kemudian masukkan ke dalam air mendidih hingga timbul. Apabila sudah timbul (seperti buah melaka) angkat menggunakan penapis dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk. Buatkan hingga habis.
3) Panaskan gula, daun pandan dan secawan air hingga gula larut kemudian masukkan 1/2 sdk garam santan pekat dan butir nangka. Masak hingga mendidih kemudia seimbangkan rasa. Sedia untuk dihidangkan.

  

Hobi..bunga tisu

Nama asalnya bunga tisu tapi kami pakai crepe paper. Bermula dgn suka-suka sehingga mengambil tempahan (tempahanla sangat..hahaha). InsyaAllah mudah-mudahan menjadi sumber pendapatan pula. Manatau tau kan?? Aktiviti dilakukan secara gotong-royong memang cepat siap. Seminggu sahaja siap 100 pcs. Tetapi..ada tetapi pula, crepe paper mudah turun warna. Jadi, tidak boleh disediakan terlalu awal. Bimbang warnanya pudar pula.


untuk wedding adik ofismate


tempahan dari ofismate =D

#makmalfitokimia
#liatirahecahdewikaknadilah

Pizza roti simple sangat..=P

Bahan-bahan: 
Roti
Lebihan kuah spaggeti bolognese
Keju cheesedale/ apa-apa pun boleh

Cara-cara:
1) Letakkan kuah spaggeti di atas roti 




2) Letakkan keju diatasnya  




3) Bakar pada suhu 200'C selama 10 minit atau hingga keju cair sepenuhnya. Sedia dimakan!!!


Monday, 3 November 2014

Breastfeeding journey..


Alhamdulillah berjaya menyelesaikan misi penyusuan selama dua tahun terlebih dua bulan untuk putera kedua, Wan Iman Raif ; setelah kegagalan pada percubaan kali pertama. Mungkin faktor utama adalah kekurangan ilmu malahan tiada rakan seperjuangan membantutkan lagi misi tersebut seterusnya gagal. Misi penyusuan Wan Adam Mikail hanya bertahan lebih kurang 6 bulan sahaja.

Gambar ini sebagai kenangan dan galakan pada masa hadapan.. 




 
        Supplimen
 
             Aksesori
  
          Hasil perahan satu sesi..
Gambar pembakar semangat..

Thursday, 30 October 2014

Biskut roti nestum bercoklat

Roti whole grain massimo ada 8keping lagi. Tarikh luput pun sudah hampir. Paparan resepi baru dalam grup RR memang tepat masanya. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal..berkobar semangat mahu mencuba. Untung-untung dapat menambahkan stok kuih raya. Pemilihan resepi sangat penting..kalau boleh biar penggunaan bahan minima tetapi membuahkan hasil yang memuaskan hati. ha..itulah yang kita cari =D

Bahan-bahan:
8 keping roti
Nestum
Coklat masakan

Cara-cara:
1) Potong roti mengikut suka dan susun di atas dulang pembakar, kemudian masukkan ke dalam oven yang diset suhu 200'C selama 10minit hingga berwarna keemasan. ( Sekiranya roti tidak cukup garing ia akan menjadi liat setelah sejuk dan tidak rangup seperti sepatutnya)



2) Biarkan roti tadi menyejuk dan sediakan bahan celupan coklat iaitu dengan mencairkan coklat masakan dengan kaedah double boil. Apabila coklat sudah cair sepenuhnya celupkan roti tadi dan gaulkan bersama nestum.


Roti belum cukup garing kerana dibakar selama 5 minit.


3) Biarkan biskut benar-benar sejuk sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.



Mudah bukan??

Reunion E-16..



1999 - 2014

Setelah agak lama merancang, akhirnya semua sepakat untuk membuat reunion pada 15 Ogos 2014 walaupun kekurangan seorang ahli iaitu Fiza@Pitchoe. Menurut perancangan memang mahu semua ahli menyertai reunion ni memandangkan ahli kelab yang paling jauh menetap di kota London juga ada bersama. Namun last minute Fiza tak dapat balik ke Malaysia kerana tugas di pesisir pantai somewhere in Indonesia. Finally semua akur untuk meneruskan reunion tanpa Fiza. InsyaAllah mungkin lain kali.


Reunion kali ni bertempat di rumah Dell selepas waktu kerja hari Jumaat. Menu adalah potluck. Jadi masing-masing membawa juadah yang enak-enak antaranya sate, lasagna, cheese kek, dunkin donut, domino pizza dan cheese tart. Siap ber'tapau' masing-masing.


4/6 dari kami iaitu Teacher Syiqin, Wana, Arida dan aku bersetuju  untuk carpool dari Butik Tateh kepunyaan bussinesswoman, Wana. Sempat juga kami berbual di sepanjang perjalanan. Tambah-tambah lagi perjalanan dari Bangi ke Petaling Jaya pada petang hari jumaat pasti memakan masa akibat kesesakan lalulintas. Kami sampai di rumah Dell dalam jam 7 malam. Diikuti Nadioren dari Damansara tidak lama kemudian.


Alhamdulillah sempat juga kami menikmati makan malam sambil berbual panjang. Memang perbualan yang happening dengan senda gurau dan gelak ketawa. Bercerita pasal kisah zaman sekolah memang menyeronokkan. yang pahit pun dah jadi manis-manis semuanya. Padahal setiap hari berhubung menerusi whatsapp tapi cerita tak pernah habis. Waktu dirasakan sangat singkat akhirnya jam 10.30 malam sudah tiba masanya masing-masing meminta diri kerana hari sudah agak lewat walaupun hakikatnya mak-mak dan bini orang memang kena balik awal.







Until our next reunion..entah macamana rupa masing-masing. Miss u sweet ladies..