Nuffnang Ads

Thursday 13 November 2014

Birthday dinner di Istana Bambu

Happy birthday sayang..muahciked

Setelah agak lama juga merancang dan memikirkan tempat yang paling sesuai untuk makan malam sempena hari lahir kekasih hati..kami sepakat memilih Bora Ombak, Ampang. maklumat dari blog dan google menyatakan boleh walk-in saja. Hajat di hati memang nak buat surprise tambah-tambah lagi boleh request 3 buah lagu yang akan dimainkan oleh musician. sudah terbayang-baying di mata alangkah romantiknya makan malam itu nanti.


Gazebo pilihan kami

Hadiah dah dibeli 3 minggu sebelum tarikh keramat, kek pun telah dibeli semasa sneak out selepas asar cuma bunga sahaja yang tak dapat disediakan. Tapi pelamin anganku musnah. Semua tak menjadi. Adam perasan ada kek di belakang dan bertanya kek siapa..apalagi pecah rahsia. Ok..takpe, masih ada hadiah. tambah meremuk redamkan hati, ada wedding pula di Bora Ombak. Diskas dengan husband dan kami rasa Istana Bambu pilihan terbaik. Kali pertama pergi restoran penuh. Kali ini, memang rezeki kami untuk menyambut hari jadi di sini. Sementara suami mengubah parkir kereta, saya sudah berbicang dengan pelayan untuk membuat kejutan buat suami..malang sekali suami membawa kek bersama. Punahlah harapan..nampaknya kami menyambut hari lahir tanpa kejutan.


Menu pilihan..

Untuk makan malam ..kami order udang goreng nestum, tomyam dan asparagus goreng belacan. Air pula saya pilih air the o ais madu dan air dragon fruit..malangnya dragon fruit sudah kehabisan bekalan. Alhamdulillah makanan yang dipesan sampai tanpa kami perlu menunggu lebih lama..masakannya juga enak dan pekerja-pekerja disini amat mesra dan cekap. Tempat pun sangat selesa dengan pemandangan menarik. Ada dua jenis tempat untuk dipilih sama ada makan dimeja dengan kerusi atau gazebo yang mana boleh duduk secara bersila berlapikkan bantal nipis(macam restoran Jepun). Kami sekeluarga memilih makan di gazebo untuk lebih selesa dan privacy memandangkan anak-anak yang agak lasak ada bersama.





Selesai makan malam..kami pun bersiap untuk pulang. Sebelum pulang kami meminta pelayan membungkuskan makanan yang masih berbaki. Maklumlah portion makanan agak besar, memang tak mampu nak habiskan semua. Mujur kami tidak rambang mata semasa memuat pesanan. Rasanya hidangan yang kami pesan sesuai dimakan 4 orang dewasa. Ketika suami membayar bil, seorang wanita yang saya agak pengurus restoran bersalaman dengan saya dan menanyakan mutu makanan di sini sambil menghulurkan name kadnya..Makan malam kami berjumlah Rm 100++ termasuk taxes 10%. Memang berbaloi..




No comments:

Post a Comment