Dunia ini hanyalah persinggahan sementara, hanyalah tempat berteduh sejenak,untuk kemudian kita meneruskan perjalanan sesungguhnya..
Nuffnang Ads
Wednesday, 13 February 2013
Hai anak..
BISMILLAHIRROHMANIRROHIM..
Pagi ni mataku seperti rasa amat berat untuk dibuka. Setelah semalaman menjaga anak kecilku yang demam sejak seminggu yang lalu. Mata pon bertukar kepada mata panda.Sempena cuti Tahun Baru Cina..tiada aktiviti yang menyeronokkan selain melayan kerenah 2 permata hati kami.
2 kali ke klinik dan mendapatkan ubat dengan dos yang lebih tinggi pon masih tiada perubahan pada demamnya. Cuma rashes dh berkurang setelah disapu fusidic acid. Kesian anak mama. Badan pon kian menyusut. Tinggal 7.2kg je. Semalam sudah berusaha cara tradisional dengan berurut tetapi tiada bahagian yang terseliuh katanya. Seluruh badan dijelum air daun nona tapi demamnya masih begitu. On-off dengan suhu 38.5ÂșC. Mujur selera makan dan tingkahlaku masih seperti biasa cuma enggan makan bubur nasi seperti selalunya malah memilih nestum yang pada kebiasaannya kurang digemari.
Mudah2an segeralah sembuh anakku dan cerialah seperti selalu. Amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment