Bismillahirrohmanirrohim..
Semalam dapat cuti sakit akibat gastrik, demam dan selsema. Alhamdulillah masih lagi dalam pemerhatian Allah dan Alhamdulillah juga sakit merupakan kifarah dosa. Mudah2an dosa2 ku terampun. Amin..Pada awalnya batuk menyerang kemudian diikuti dengan selsema. Usai batuk, selsema berkahak pula tak kunjung hilang. Entah dimana silapnya, pagi ahad perut terasa berangin dan perit sekali. Pantang menyuap makanan akhirnya ke sinki jua. Mujur anak2 tidak banyak ragam. Jam 9pg kugagahkan diri jugak drive ke klinik. Kemudian dalam perjalanan pulang,singgah ke kedai makan berhampiran Klinik Tan&Mano. Dapatla sambar semangkuk bubur nasi dan senaskhah akhbar kosmo. Sesampai di rumah alas perut, makan ubat,baca suratkhabar dan akhirnya berlayar sehingga ke alam mimpi.
Bangun pon hanya untuk solat sahaja. kemudian sambung dengkuran. Alangkah indahnya kerana cuaca semalam hujan dan redup sepanjang hari. Jam 4.15ptg mata sudah tidak mau pejam, perut pun berkeroncong minta diisi. Badan sudah mula segar. Masak seringkasnya dan mandi kemudian solat asar dan makan. Alhamdulillah perutku sudah tidak menolak makanan lagi. Selsema juga semakin berkurangan..Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment