Bismillahirrohmanirrohim..
Alhamdulillah demam campak anakanda tersayang, Wan Iman Raif telah sembuh sepenuhnya. Bila dah tau rupanya Iman kena demam campak bukan ruam biasa memang terasa nak tepuk dahi. Ya Allah..ibu yang bagaimanakah aku ini? Kesian si kecil itu. Sebenarnya aku pon pernah merasa demam campak ni tapi jenis yang besar-besar. Setelah meng'google' info berkenaan demam campak dan mengesahkan gambar dengan ofismate memang ternyata benarlah telahanku.
Apalagi selaju kilatla aku ke Klinik Mesra mendapatkan calamine lotion. Kemudian ke kedai makan Pak Ya untuk tapau air kelapa muda. Sampai sahaja di rumah..semua pakaian Iman ku buka tinggal pampers sahaja dan kemudian ku sapu calamine lotion. kemudian kusuapi dengan nestum dan kemudian kuberi minum air kelapa muda. Kelihatannya Iman agak selesa dan tidak menggaru lagi. Kemudian ku tidurkan dia di buaian. Usai solat zohor ku kembali ke ofis. Puh..lega sebentar. mudah2an anakanda ku itu lekas sembuh.
Rupanya penderitaan sang anak tercinta belum terhenti di situ. Hening awal pagi Khamis dipecahkan dengan rengekan kecil. Tubuh Iman kembali panas. Puas ku lap dengan tuala basah. nampak makin surut panasnya. Tapi rengekan menjadi sedikt keras beserta tangisan sederhana. Rupa2nya perut si kecil ini tidak selesa. Tanpa kuduga..muntahan kuterima. Habis basah baju mama nak..Namun tidak mengapa anakku, mudah2an muntah itu bisa menguragkan sedikit kesakitanmu itu. Hm..tiada pilihan lagi nampaknya mama perlu bercuti.
Seharian anak ini menjadi sangat tidak bermaya. Lemah longlai. Segala yang masuk ke mulutnya habis dimuntahkan kembali berselang seli dengan cirit-birit. Risaunya hanya Allah yang tahu. Keadaan Iman semakin lemah dan tidak bermaya. Langsung tiada tenaga untuk bergerak seperti biasa. Hasil perbincangan dengan papanya, kami sepakat untuk membawa ke hospital dengan kadar segera. Selesai bersiap..Iman tidur di dadaku. Kemudian ku masukkan ke dalam buai supaya selesa sedikit tidurnya. Selepas Asar, aku bersiap memandikan Iman dan memberi makanan dan ubat demam seperti biasa. Masih juga dimuntahannya. Kemudian aku bawa dia untuk mengambil abangnya di rumah babysitter. Sesampai di rumah Iman mau bersama denganku berdua sahaja di bilik tidur. Kuturutkan jua..mungkin dia kurang selesa di ruang santai. Kemudian si abang mendapatkan adiknya..rindu katanya. setelah bermain2 sebentar bersama abang terdengar galak gelakan Iman. Kurasa dahinya sudah sejuk dan Iman kelihatan aktif dan mau merangkak di atas katil sambil bergelak bersama abangnya.
Alhamdulillah ya Allah kerana mengembalikan keceriaan anakku ini. Sujud syukur kutunaikan usai solat Maghrib. Berakhirla episod mencemaskan ini.
No comments:
Post a Comment