Nuffnang Ads

Thursday, 28 February 2013

Mengantuk

Bismillahirrohmanirrohim

Bismikallah humma ahya wa amut..eh..eh..dh pagi ke? Adoi..rasa baru baca doa tido. Mengantuk sgt ble Iman bangun pukul 2 pastu amik ultraman abg dan terus ajak mama main . No fun ok. Pukul 2 kot. Abang Adam baru je tido.

Pukul 10 dah mula menggesel-gesel kepala kat perut mama. Ok mama faham tu tanda Iman nak ajak tido. Sudah kotep memang terus berlayar. Alhamdulillah..lega mama. Tapi yang peliknya anak2ku asyik berpeluh je bila malam padahal mak depa nih tido berselimut siap dengan setokin lagi. Spesies apala ni. Dekat pukul 5 baru Iman nak tido balik.

Sampai ofis je mesti rasa nak sambung tido. Finally kat ofis mesti tak boleh tido jugak. Rabak mata mama nak..


Adam: apala adik ni, abang ilek aje (trade mark dia)



Pembuli mama=)

Wednesday, 27 February 2013

Terpengaruh..

Bismillahirrohmanirrohim..

Sejak minggu lepas aku memang sangat terpengaruh nak jadi KURUS. Macam nila dilema makcik bila dah beranak dua. Itu adalah satu alasan yang sangat kukuh (boleh gitu?..hikhik). Bila berat bdn dh mcm mengandung 4bulan pon masih lagi xsedar diri. Kalau baju dah mula sendat, pipi dah macam pau Pesta barula gelabah biawak. Bukan senang tau nak diet kalau hobi sejak azali asyik makan, makan dan makan.

Aktiviti setiap hari ialah meng'google' produk2 dan cara2 menjadi kurus dengan segera. Hubby dah mula sindir manja. Bila nak kuarkan sport shoes dari stor katanya. Adoi..mak hincik pon senyum kambing. Alasan standard xsempat la kan.kihkihkih..

Disebabkan bulan 6 ada dua wedding anak sedaraku, maka diet itu sgt perlu supaya nampak gojes dalam gambar nanti. Adalagi lebih kurang 4bln lagi. InsyaAllah masih sempat. Mujur dalam blog sepet ada tips nak kurus tanpa makan ubat. Makin berkobar2 semangat nih macam bunyi genderang mahu perang. Mudah2an tercapaila hasrat dihati..amin



Keadaan fizikal selepas bersalin. Dapat kembali mcm ni pon dah ok



Terkini selepas mengambil suntikan cegah hamil..pipiku umpama pau yg dah dikukus.sobs

Monday, 18 February 2013

Demam campak menyerang

Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah demam campak anakanda tersayang, Wan Iman Raif telah sembuh sepenuhnya. Bila dah tau rupanya Iman kena demam campak bukan ruam biasa memang terasa nak tepuk dahi. Ya Allah..ibu yang bagaimanakah aku ini? Kesian si kecil itu. Sebenarnya aku pon pernah merasa demam campak ni tapi jenis yang besar-besar. Setelah meng'google' info berkenaan demam campak dan mengesahkan gambar dengan ofismate memang ternyata benarlah telahanku.





Apalagi selaju kilatla aku ke Klinik Mesra mendapatkan calamine lotion. Kemudian ke kedai makan Pak Ya untuk tapau air kelapa muda. Sampai sahaja di rumah..semua pakaian Iman ku buka tinggal pampers sahaja dan kemudian ku sapu calamine lotion. kemudian kusuapi dengan nestum dan kemudian kuberi minum air kelapa muda. Kelihatannya Iman agak selesa dan tidak menggaru lagi. Kemudian ku tidurkan dia di buaian. Usai solat zohor ku kembali ke ofis. Puh..lega sebentar. mudah2an anakanda ku itu lekas sembuh.




Rupanya penderitaan sang anak tercinta belum terhenti di situ. Hening awal pagi Khamis dipecahkan dengan rengekan kecil. Tubuh Iman kembali panas. Puas ku lap dengan tuala basah. nampak makin surut panasnya. Tapi rengekan menjadi sedikt keras beserta tangisan sederhana. Rupa2nya perut si kecil ini tidak selesa. Tanpa kuduga..muntahan kuterima. Habis basah baju mama nak..Namun tidak mengapa anakku, mudah2an muntah itu bisa menguragkan sedikit kesakitanmu itu. Hm..tiada pilihan lagi nampaknya mama perlu bercuti.

Seharian anak ini menjadi sangat tidak bermaya. Lemah longlai. Segala yang masuk ke mulutnya habis dimuntahkan kembali berselang seli dengan cirit-birit. Risaunya hanya Allah yang tahu. Keadaan Iman semakin lemah dan tidak bermaya. Langsung tiada tenaga untuk bergerak seperti biasa. Hasil perbincangan dengan papanya, kami sepakat untuk membawa ke hospital dengan kadar segera. Selesai bersiap..Iman tidur di dadaku. Kemudian ku masukkan ke dalam buai supaya selesa sedikit tidurnya. Selepas Asar, aku bersiap memandikan Iman dan memberi makanan dan ubat demam seperti biasa. Masih juga dimuntahannya. Kemudian aku bawa dia untuk mengambil abangnya di rumah babysitter. Sesampai di rumah Iman mau bersama denganku berdua sahaja di bilik tidur. Kuturutkan jua..mungkin dia kurang selesa di ruang santai. Kemudian si abang mendapatkan adiknya..rindu katanya. setelah bermain2 sebentar bersama abang terdengar galak gelakan Iman. Kurasa dahinya sudah sejuk dan Iman kelihatan aktif dan mau merangkak di atas katil sambil bergelak bersama abangnya.



Alhamdulillah ya Allah kerana mengembalikan keceriaan anakku ini. Sujud syukur kutunaikan usai solat Maghrib. Berakhirla episod mencemaskan ini.

Wednesday, 13 February 2013

Hai anak..


BISMILLAHIRROHMANIRROHIM..

Pagi ni mataku seperti rasa amat berat untuk dibuka. Setelah semalaman menjaga anak kecilku yang demam sejak seminggu yang lalu. Mata pon bertukar kepada mata panda.Sempena cuti Tahun Baru Cina..tiada aktiviti yang menyeronokkan selain melayan kerenah 2 permata hati kami.


2 kali ke klinik dan mendapatkan ubat dengan dos yang lebih tinggi pon masih tiada perubahan pada demamnya. Cuma rashes dh berkurang setelah disapu fusidic acid. Kesian anak mama. Badan pon kian menyusut. Tinggal 7.2kg je. Semalam sudah berusaha cara tradisional dengan berurut tetapi tiada bahagian yang terseliuh katanya. Seluruh badan dijelum air daun nona tapi demamnya masih begitu. On-off dengan suhu 38.5ÂșC. Mujur selera makan dan tingkahlaku masih seperti biasa cuma enggan makan bubur nasi seperti selalunya malah memilih nestum yang pada kebiasaannya kurang digemari.


Mudah2an segeralah sembuh anakku dan cerialah seperti selalu. Amin..


Tuesday, 5 February 2013

Cuti sakit

Bismillahirrohmanirrohim..

Semalam dapat cuti sakit akibat gastrik, demam dan selsema. Alhamdulillah masih lagi dalam pemerhatian Allah dan Alhamdulillah juga sakit merupakan kifarah dosa. Mudah2an dosa2 ku terampun. Amin..Pada awalnya batuk menyerang kemudian diikuti dengan selsema. Usai batuk, selsema berkahak pula tak kunjung hilang. Entah dimana silapnya, pagi ahad perut terasa berangin dan perit sekali. Pantang menyuap makanan akhirnya ke sinki jua. Mujur anak2 tidak banyak ragam. Jam 9pg kugagahkan diri jugak drive ke klinik. Kemudian dalam perjalanan pulang,singgah ke kedai makan berhampiran Klinik Tan&Mano. Dapatla sambar semangkuk bubur nasi dan senaskhah akhbar kosmo. Sesampai di rumah alas perut, makan ubat,baca suratkhabar dan akhirnya berlayar sehingga ke alam mimpi.



Bangun pon hanya untuk solat sahaja. kemudian sambung dengkuran. Alangkah indahnya kerana cuaca semalam hujan dan redup sepanjang hari. Jam 4.15ptg mata sudah tidak mau pejam, perut pun berkeroncong minta diisi. Badan sudah mula segar. Masak seringkasnya dan mandi kemudian solat asar dan makan. Alhamdulillah perutku sudah tidak menolak makanan lagi. Selsema juga semakin berkurangan..Alhamdulillah..