Bismillahirrohmanirrohim
24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434H ialah hari keputeraan Nabi Muhammad SAW (allahumma salli ala saidina Muhammad)..Bersempena hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW jajahan negeri Selangor memang dikurniakan cuti(hehehe..suka3).Marilah perbanyakkan salawat.
Sambil melipat kain yang setinggi gunung Kinabalu tu teringatla nostalgia sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah. Biasanya sambutan bermula seawal jam 8 pagi di dewan sekolah. Usai ucapan pengetua dan persembahan nasyid, seterusnya ialah acara selawat beramai-ramai. Saat paling best sebab dapat menjamu selera dengan menu yang amat lazat selain daripada cycle menu 2mgu tu. Maka dari yang mana satu antara nikmat2 TuhanMu yang hendak kamu dustakan?
Gini la lebih kurang makan nasi dalam talam secara berjemaah..sudah pasti dengan besties. Cuma bezanya selalu hidangan ialah nasi beriani atau nasi minyak. Pencuci mulut sudah semestinya sebiji epal. Kenapa epal bukan anggur atau tembikai daku pon tak tahu. wuwuwuwu..kebahagiaan dalam perpisahan. Rindu banget saat2 ni.
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
Dunia ini hanyalah persinggahan sementara, hanyalah tempat berteduh sejenak,untuk kemudian kita meneruskan perjalanan sesungguhnya..
Nuffnang Ads
Thursday, 31 January 2013
Wednesday, 30 January 2013
Pertunangan
Hadis Nabi Muhammad SAW:
Wahai segenap pemuda, barangsiapa yang mampu memikul beban keluarga hendaklah kawin. Sesungguhnya perkahwinan itu lebih dapat meredam gejolak mata dan nafsu seksual, tapi barangsiapa yang belum mampu hendaklah dia berpuasa kerana (puasa itu) benteng (penjagaan) baginya. (HR. Bukhari)
Setelah dipelawa oleh kakak untuk menyertai rombongan merisik dan meminang bagi pihak anaknya yang sulung..terus discuss dgn husband and setuju jelah..excited. Makanya hari sabtu yang lalu kami pon menyertai rombongan meminang. Alhamdulillah rombongan 6 buah kereta selamat ke destinasi (Ulu Tiram) dengan selamatnya.
Proses merisik dan bertunang berjalan lancar walaupon ketiadaan tenaga elektrik sejak dari jam 9pagi. Majlis pernikahan,resepsi dan menyambut menantu dijadualkan pada bulan Jun tahun ini juga. Tahniah untuk anak saudara dan kakak serta abang iparku..Mudah2an semuanya berjalan lancar hingga ke gerbang bahagia.Ni adalah sebahagian dari gambar majlis.

Kakakku sukala tu dapat bakal menantu =)
Selamat bertunang!!
Tuesday, 29 January 2013
Langkah pertama
Bismillahirrohmanirrohim..
Kembali menulis lagi setelah sekian lama..mudah2an kali ini boleh istiqomah In Syaa Allah..Yelah kan selaku ibu dan isteri,rasanya 24jam pon tidak mencukupi..hehehe
Maas Salamah..Ilal Liqa'
Kembali menulis lagi setelah sekian lama..mudah2an kali ini boleh istiqomah In Syaa Allah..Yelah kan selaku ibu dan isteri,rasanya 24jam pon tidak mencukupi..hehehe
Maas Salamah..Ilal Liqa'
Subscribe to:
Posts (Atom)